PETALING JAYA: Hampir dua dekad dinantikan peminat, pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) akhirnya kembali menemui penonton bermula hari ini, sekali gus menghidupkan semula karya ikonik yang pernah mencipta sejarah dalam industri teater tanah air.
Pementasan yang diarahkan dan diterbitkan Puan Sri Tiara Jacquelina itu membuka tirai di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square, di sini, selepas beberapa bulan menjalani latihan dan persiapan rapi.
Tiara berkata, keputusan mengembalikan PGLM selepas 18 tahun sejak kali terakhir dipentaskan pada 2009 dibuat susulan permintaan berterusan peminat yang tidak pernah berhenti berharap karya berkenaan dipersembahkan semula.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fimage85_750359.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)