KOTA BHARU: Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Kelantan, Muhammad Syakir Zailani, 17, merangkul pingat emas dan perak dalam pertandingan 'Global IT Challenge For Youth With Disabilities' (GITC) di Vietnam.

Syakir yang juga OKU kategori ketidakupayaan pembelajaran, memperoleh pingat emas dalam kategori 'e-interactive challenge' dalam pembangunan permainan interaktif, manakala pingat perak dikemandi untuk kategori 'e-creative smart car challenge' yang menguji kemahiran pengaturcaraan kereta pintar yang mana kedua-duanya adalah acara berpasukan.

Katanya, kejayaan itu menambah semangatnya untuk terus berjuang di pertandingan GITC yang akan berlangsung tahun depan di Thailand.

"Terima kasih semua kerana menyokong saya selama ini, saya gembira dapat bawa pulang pingat emas dan perak untuk negara," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini, hari ini.