Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan Zuhairie Ahmad Tarmizi menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 sebagai permulaan membanggakan buat kontinjen negara di Jepun.

Menerusi perkongsian di media sosial, Anwar mengucapkan tahniah kepada Zuhairie yang muncul juara acara ujian masa 1,000 meter lelaki kategori C4-C5, selain mencipta rekod baharu temasya pada pusingan kelayakan.

"Tahniah dan syabas Zuhairie Ahmad Tarmizi. Satu permulaan yang membanggakan apabila menghadiahkan pingat emas pertama buat negara dalam acara Men's C4-C5 1000M Time Trial di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.

"Lebih manis, kejayaan Zuhairie turut diserikan dengan rekod baharu temasya yang dileburkannya pada saingan kelayakan!.