PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek para negara, Zuhairie Ahmad Tarmizi menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli acara ujian masa 1 kilometer lelaki C4-C5, hari ini.

Zuhairie mempamerkan kayuhan bertenaga apabila mencatat masa terpantas satu minit 5.361 saat (s) menewaskan pelumba Thailand, Jaturong Niwanti di tempat kedua dengan catatan 1:07.206s.

Pingat gangsa pula menjadi milik Saori Sufyan yang merekodkan masa 1:08.166s.

Terdahulu, Zuhairie memperbaiki rekod temasya selepas menungguli peringkat kelayakan dengan catatan masa 1:04.882s sekali gus memadam pencapaian Lai Shanzhang dari China yang melakukan 1:07.311s pada Sukan Asia 2022. – UTUSAN