PELUMBA berbasikal trek para negara, Zuhairie Ahmad Tarmizi menghadiahkan pingat emas sulung buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli acara ujian masa 1000 meter (m) C4-C5 (kecacatan fizikal) lelaki pada Isnin.Pada aksi final yang berlangsung di Velodrom Izu, Zuhairie yang bertanding dalam kategori C5 mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mencatatkan masa terpantas 1 minit 05.361 saat (s), sekali gus mengesahkan kedudukan di podium tertinggi.Pingat emas itu juga adalah pingat pertama Malaysia pada temasya sukan empat tahun sekali itu. Pingat perak menjadi milik pelumba Thailand Jaturong Niwanti yang mencatat masa 1:07.206s manakala wakil Indonesia Sufyan Saori membawa pulang gangsa (1:08.166s).Kejayaan Zuhairie itu bertambah manis apabila beliau turut meleburkan rekod temasya pada saingan peringkat kelayakan. Pada pusingan berkenaan, beliau melakar masa sensasi 1:04.882s untuk memadam rekod lama 1:07.311s yang dipegang pelumba China Lai Shanzhang yang dilakukan pada 2022. - Bernama
Zuhairie rangkul emas sulung negara, lebur rekod temasya di Aichi-Nagoya

Key points
- PELUMBA berbasikal trek para negara, Zuhairie Ahmad Tarmizi menghadiahkan pingat emas sulung buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli acara ujian masa 1000 meter (m) C4-C5 (kecacatan fizikal) lelaki pada Isnin.
- Pingat emas itu juga adalah pingat pertama Malaysia pada temasya sukan empat tahun sekali itu.
- Kejayaan Zuhairie itu bertambah manis apabila beliau turut meleburkan rekod temasya pada saingan peringkat kelayakan.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- BERNAMA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Zi Yu-Genevie puas akhir berjaya rangkul emas
- Sinar Harian Zuhairie rangkul emas sulung negara, lebur rekod temasya di Aichi-Nagoya (this story)
- Utusan Malaysia Zuhairie hadiahkan emas pertama Malaysia
- Berita Harian Zuhairie hadiahkan emas pertama Malaysia
- Harian Metro Zuhairie hadiahkan emas pertama Malaysia







