KUALA LUMPUR: Selepas menyingkirkan Bersatu daripada Petikatan Nasional (PN), dengan mementingkan Wawasan yang merupakan parti serpihan Bersatu, Pas kini menunjukkan sikap sebenar dengan lebih mengutamakan seteru lama, UMNO pula berbanding Wawasan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, ini menunjukkan Pas tidak mempunyai semangat setiakawan sepertimana Pakatan Harapan (PH) kerana sanggup meminggirkan rakan gabungan yang ada semata-mata mahu melampiaskan nafsu untuk menduduki Putrajaya pada PRU16.

“Pas pandai menggunakan slogan penyatuan ummah untuk PRU16, tetapi hakikat yang kita semua dapat lihat ialah mereka sanggup berkawan dengan seteru politik sejak berdekad-dekad selepas melihat potensi dan peluang yang wujud untuk meraih keuntungan,” katanya hari ini.