TEHRAN: Sebuah kapal tangki minyak yang melanggar peraturan dilaporkan meletup selepas terlanggar periuk api laut di selatan Selat Hormuz beberapa jam sebelum Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan kejadian itu pada awal Isnin, lapor Xinhua.
Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi saluran berita rasmi IRGC, Sepah News, tentera laut itu memaklumkan letupan berkenaan menyebabkan kebakaran di bilik enjin kapal tangki minyak berkenaan.
IRGC berkat, kapal berkenaan mematikan sistem penentu kedudukan global (GPS) dan sistem navigasinya serta cuba keluar dari selat itu tanpa mengendahkan peraturan dengan menggunakan laluan yang tidak dibenarkan di bahagian selatan laluan air berkenaan.








