Kuala Lumpur: Perlu dialog yang konstruktif antara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), badan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), saluran diplomatik Malaysia dan kerajaan Azerbaijan bagi mencari penyelesaian tuntas isu sekatan pemakaian hijab bagi pelajar perempuan di negara itu.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya turut menggesa penjelasan rasmi mengenai kedudukan undang-undang semasa isu berkenaan.

"Keputusan sesebuah sekolah membenarkan pelajar berhijab tidak boleh disamakan dengan pembatalan dasar di peringkat kebangsaan.

Kerajaan Azerbaijan khususnya Kabinet Menteri dan Kementerian Sains dan Pendidikan perlu mengeluarkan penjelasan yang jelas, berwibawa dan rasmi," katanya dalam kenyataan, hari ini.