KUALA LUMPUR – FWD Malaysia (FWD) bekerjasama dengan JA Malaysia, sebuah perusahaan sosial untuk menganjurkan program literasi kewangan peringkat kebangsaan yang direka bagi membantu pelajar sekolah menengah membina pengetahuan dan keyakinan dalam membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.

JA SparktheDream melibatkan 14 siri bengkel yang dijalankan di 14 buah sekolah menengah di Semenanjung, dengan penyertaan kira-kira 1,700 pelajar.

Sehingga 31 Ogos 2026, kesemua 14 bengkel telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang, memberi manfaat kepada seramai 1,693 pelajar dengan sokongan sukarelawan daripada kalangan kakitangan FWD.

Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen jangka panjang FWD dalam membantu memperkukuhkan pengetah