PETALING JAYA – CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB) dan Oiltek Global Pte Ltd (Oiltek Global), anak syarikat milik penuh Oiltek International Limited (Oiltek International) yang tersenarai di Papan Utama SGX-ST, telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka usaha sama strategik di Malaysia bagi membangunkan bahan ramuan makanan haiwan bernilai tinggi menggunakan produk terbitan minyak sawit.
CAB adalah antara pengeluar ayam dan makanan terbesar di Malaysia yang memiliki pengalaman selama 50 tahun manakala Oiltek terlibat dalam industri 45 tahun adalah syarikat terkemuka dalam teknologi pemprosesan minyak sawit dan kejuruteraan serta keupayaan inovasi hiliran.
Kedua-dua pihak berhasrat untuk membangunkan penyelesaian makanan haiwan bernilai lebih tinggi yang dapat meningkatkan penggunaan sumber berasaskan kelapa sawit, di samping menyokong amalan pertanian yang lebih mampan.









