KAHERAH – Seorang bayi menarik perhatian di internet susulan klip video tular menunjukkan dia berbaring dalam gaya yang sangat santai hanya beberapa minit selepas dilahirkan, lapor laman berita NDTV semalam.
Muka tenang dan gaya comel bayi itu menghiburkan pengguna media sosial, dengan ramai netizen bergurau bayi kecil itu sudah tahu cara untuk mengelakkan tekanan.
Klip video itu dikongsi di media sosial oleh pakar kanak-kanak dan neonatal yang menetap di Kaherah, Dr Islam Eldeh.
Rakaman menunjukkan bayi baru lahir itu seperti berehat, dengan kedua-dua belah tangan di belakang kepala dan sebelah kaki bersilang di atas kaki yang lain.









