Wuhan, China: Aksi bayi lelaki berusia sembilan bulan mendaki tangga di sebuah kawasan peranginan tanah tinggi mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, dengan ada yang menganggapnya terlalu muda untuk melakukan aktiviti berkenaan.
Dirakam di sebuah peranginan gunung di wilayah Hubei, China tengah, klip video menunjukkan ibu bayi berkenaan mengiringinya dari dekat manakala anak kecil itu memakai pelindung lutut sebagai langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti luar berkenaan.
Beberapa warga maya mengakui terkejut melihat video itu dan mempersoalkan sama ada ibu bapa berkenaan terlalu terburu-buru mengajar anak yang masih kecil melakukan aktiviti lasak itu.
"Adakah benar-benar sesuai untuk bayi semuda ini mendaki gunung seperti itu?" soal seorang pengguna media sosial.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/02/cf0667319e5a2e446ce8e866bd734b5f.jpg)