SHAH ALAM: Kesanggupan Datuk Seri Vida meninggalkan urusan kerja dan pulang lebih awal demi menemaninya mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan ketika berlatih badminton menyentuh hati penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Fazley, 48, berkata keprihatinan usahawan yang mesra disapa DSV atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, itu amat bermakna buat dirinya, apatah lagi Vida sepatutnya berada di China ketika kejadian berlaku.

Menurutnya, Vida bukan sahaja pulang awal untuk memberikan sokongan kepadanya, malah turut berjanji menemaninya mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengetahui tahap kecederaan dialami.

"Saya sedang berlatih untuk kejohanan badminton, kemudian mengalami kecederaan.