Kuala Lumpur: Menerima tajaan pendidikan PETRONAS Memperkasakan Ilmu daripada ribuan permohonan bukan sekadar satu pencapaian membanggakan, malah menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus mengorak langkah mengejar kecemerlangan dan merealisasikan cita-cita.
Lebih bermakna apabila peluang keemasan itu diraih pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), kerana tajaan berkenaan bukan sahaja membuka laluan kepada pendidikan berkualiti, malah berpotensi menjadi titik tolak untuk mengubah masa depan keluarga dan keluar daripada kepompong kemiskinan.
Bagi bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said, Alor Gajah, Melaka, Tan Shew Moi, 18, tajaan PETRONAS itu ibarat mengangkat beban besar daripada bahu ibu bapanya yang selama ini banyak berkorban demi memastikan dia mendapat pendidikan terbai.








