KUALA LUMPUR: U Mobile memperkenalkan ULTRA Home 5G Pro, penyelesaian WiFi rumah berprestasi tinggi yang direka untuk memenuhi keperluan permainan dalam talian generasi baharu, selain menyokong pelbagai aktiviti digital dalam sesebuah isi rumah.

Menampilkan teknologi 5G-Advanced (5G-A), penyelesaian berkenaan menggabungkan jalur lebar 5G-A 8×8 pertama di Malaysia, Game Turbo™ berkuasakan kecerdasan buatan (AI) pertama di Malaysia serta router WiFi 7 5G-A berprestasi ultra pertama di Malaysia.

Teknologi MIMO 8×8 ini menyokong sehingga lapan aliran data muat turun secara serentak, sekali gus menggandakan kapasiti data berbanding teknologi MIMO 4×4 konvensional dan menawarkan kelajuan sehingga dua kali lebih pantas.