SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kekerapan rondaan Unit Anjing Pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai langkah memperkukuhkan aspek keselamatan susulan beberapa insiden berlaku sebelum ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi, berkata penugasan unit berkenaan yang sebelum ini dilaksanakan secara berkala, kini dipertingkatkan dengan rondaan lebih kerap terutama pada waktu puncak.

Beliau berkata, penugasan Unit K9 dilakukan secara bersasar dengan mengambil kira waktu sibuk di lapangan terbang serta keperluan memberi rehat kepada anjing pengesan terbabit.

"Penugasan itu bukan 24 jam secara berterusan kerana anjing juga perlu berehat.