IPOH: Sekumpulan pekebun di Bukit Bangkong di sini ketakutan hendak menjenguk tanaman buah-buhan yang mereka usahakan susulan serangan gajah liar di kebun mereka sejak dua minggu lalu.

Menurut mereka, kejadian kacau ganggu sekawan gajah itu telah menyebabkan peralatan kebun rosak seperti tong tadahan air, baja selain pokok tanaman ranap dipijak haiwan tersebut.

Menurut wakil pekebun, Abdul Rahim Ahmad, 65, seramai 12 pekebun terjejas melibatkan keluasan 9.7 hektar yang mengalami pelbagai jenis kerosakan.

Katanya, kejadian serangan gajah yang berlaku pada September lalu lalu adalah kali pertama terjadi sejak mereka mengusahakan kawasan tersebut pada 2018.