PATNA: Pasukan penyelamat menemui 13 mayat kanak-kanak di Sungai Ganges, India, selepas bot terlebih muatan yang mereka naiki karam, ketika dalam perjalanan menghadiri upacara keagamaan.

Enam mangsa berjaya diselamatkan termasuk dua kanak-kanak yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Petugas perubatan dari pusat kesihatan tempatan, Nirmal Kumar, berkata empat kanak-kanak dan dua dewasa dihantar ke hospital daerah untuk mendapatkan rawatan.

"Kami berusaha sedaya upaya untuk memulihkan mereka... tetapi 13 mangsa sudah meninggal dunia," katanya.