KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,204 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima manfaat daripada program Sokongan Industri dan Perniagaan (SINAR) yang dilaksanakan SME Corp Malaysia setakat 30 September lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin, berkata program SINAR adalah satu daripada usaha SME Corp Malaysia dalam membantu PMKS yang terkesan akibat krisis global, khususnya berikutan gangguan rantaian bekalan serta peningkatan kos dan bahan api yang memberi kesan kepada operasi perniagaan.

"Program itu menyediakan akses kepada pembiayaan dan sokongan perniagaan tambahan bagi membantu PMKS," katanya ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.