KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, meraih dua pengiktirafan berprestij di Malaysia Developer Awards 2026 (MDA), sekali gus memperkukuh kedudukannya dalam industri pembangunan hartanah di Malaysia.
LBS meraih Anugerah Carta Utama sekali gus menempatkan kumpulan dalam kalangan tiga pemaju hartanah terbaik bagi kategori syarikat dengan permodalan pasaran di bawah RM1 bilion.
Kumpulan turut menerima Anugerah Kualitatif Terbaik atas kecemerlangan dalam beberapa aspek utama, termasuk inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), inovasi dalam pembangunan tempat serta pendigitalan, seperti yang tertera dalam Laporan Tahunan Bersepadu Kumpulan 2025.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F09%2F051a26f69fc289398b827737b67d5a58.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

