Putrajaya: Semua sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) akan beroperasi seperti biasa esok, dengan semua aktiviti luar ditangguhkan.

JPWPP memaklumkan, murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemaran udara.

Bagaimanapun, ibu bapa yang bimbang terhadap kesihatan anak masing-masing berikutan keadaan jerebu dibenarkan tidak menghantar mereka ke sekolah, dengan syarat memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.

"Bagi menjamin kesihatan warga sekolah, JPWPP dan pentadbir sekolah akan memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) secara berkala.