Kuala Lumpur: Jumlah kelahiran hidup di Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 4.5 peratus bagi tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya.

​Berdasarkan laporan Perangkaan Penting, Malaysia, 2026 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini, sebanyak 396,175 kelahiran hidup direkodkan pada 2025 berbanding 414,918 pada 2024, iaitu susut sebanyak 18,743 kelahiran.

​Penurunan itu turut menyaksikan Kadar Kelahiran Kasar (CBR) merosot kepada 11.6 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk berbanding 12.2 pada tahun sebelumnya.

DOSM berkata, aliran penurunan CBR berkenaan berlaku merentasi semua kumpulan etnik utama serta seluruh negeri di negara ini.