PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad mencatat kejayaan apabila fasa pertama pembangunan kediaman Seroja Gardens di Nilai Impian, Negeri Sembilan mencapai kadar jualan 100 peratus dalam tempoh hanya tiga jam selepas dilancarkan bulan lalu.

Kesemua 52 unit rumah berkembar setingkat berstatus pegangan bebas itu berjaya dijual, mencerminkan permintaan berterusan terhadap kediaman bertanah yang menawarkan ruang lebih luas, akses mudah ke pusat pekerjaan serta pers