PETALING JAYA – Proton berjaya mengatasi jumlah jualan keseluruhan tahun lalu sebanyak 157,976 unit dalam tempoh hanya sembilan bulan, selepas mencatat jualan terkumpul 160,886 unit setakat September 2026.

Ia dicapai selepas syarikat merekodkan jualan 19,465 unit pada September lalu, meningkat 45 peratus berbanding bulan sama tahun 2025, sekali gus menjadikan jumlah jualan 2026 setakat ini (YTD) naik 40.8 peratus.

Prestasi berkenaan turut meningkatkan anggaran pegangan pasaran Proton kepada 28.9 peratus pada September, dan 26.9 peratus YTD.

September lalu juga menyaksikan model Proton Saga kembali meraih gelaran sebagai kenderaan paling popular di negara ini, dengan jumlah jualan terkumpul YTD sebanyak 68,237 unit, yang mewakili pertumbuhan sebanyak 34.5 peratus berbanding tahun lalu.