KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) terus mencatat pertumbuhan kukuh dengan jualan sebanyak 19,465 unit pada September, melonjakkan jumlah jualan terkumpul setakat sembilan bulan kepada 160,886 unit.

Pencapaian itu membolehkan PROTON mengatasi jumlah keseluruhan jualan bagi 2025 sebanyak 157,976 unit, sekali gus dicapai dalam tempoh hanya sembilan bulan tahun ini.

Malah, pencapaian 160,886 unit itu menjadi pencapaian paling awal PROTON melepasi paras 150,000 unit jualan sejak 2002, selain mencatat jumlah tertinggi sejak kerjasama dengan Geely bermula pada 2017.

Prestasi September turut menyaksikan jualan meningkat 45 peratus berbanding bulan sama tahun lalu, manakala pertumbuhan jualan setakat tahun ini meningkat 40.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.