PANDORA Malaysia terus mengekalkan kekuatan rangkaian peruncitannya di seluruh negara menerusi pembukaan semula butik di Imago Shopping Mall, Sabah serta pembukaan rasmi butik terbaharu di IOI Mall Damansara, Kota Damansara, Selangor.
Langkah ini membolehkan jenama berkenaan memberikan pengalaman eksklusif koleksi barang kemas ikoniknya kepada pelanggan di seluruh Malaysia.
Butik di Imago Shopping Mall kembali beroperasi pada 15 September lalu dengan penampilan yang lebih segar, sekali gus menawarkan persekitaran membeli-belah yang lebih moden dan selesa.
Manakala di butik di IOI Mall Damansara pula mengadakan pembukaan rasmi pada 8 September lalu.









