Kuala Lumpur: Kerajaan sudah melakukan sedaya yang mungkin dalam menangani isu jerebu merentas di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan Malaysia mengambil sikap 'terlalu lembut' berurusan dengan Indonesia berhubung isu jerebu yang semakin memburuk, selain menuntut kerajaan mengambil pendirian lebih tegas.
"Kita sudah buat sedaya mungkin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.
Dalam program podcast Keluar Sekejap yang disiarkan semalam, Khairy menyifatkan Malaysia mengambil sikap 'terlalu lembut' berurusan dengan Indonesia berhubung isu jerebu, namun mengakui Malaysia perlu berdiplomasi.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F06%2Fa8195b7191d47d94809f838856f4bfc6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)