Kuala Lumpur: Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 menjadi antara agenda utama yang menarik perhatian dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 di Istana Negara, di sini.

​Mesyuarat berprestij selama dua hari itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

​Selain tempoh jawatan Perdana Menteri, persidangan berkenaan turut memberi tumpuan kepada pelbagai pembaharuan perundangan penting demi memperkasakan tadbir urus negara.

​Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, antara usul perundangan lain yang dibincangkan termasuk RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2026 berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, serta cadangan pelantikan Hakim Mahkamah Khas.