KUALA LUMPUR – Perdana Menteri tidak boleh menentukan seseorang individu dituduh semula kerana kuasa pendakwaan terletak pada Peguam Negara.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan pendakwaan hendaklah dibuat berdasarkan pertimbangan undang-undang, fakta dan bukti, bukan tekanan atau kehendak politik.Menurutnya, prinsip kedaulatan undang-undang mesti dipertahankan secara konsisten tanpa mengira kedudukan politik atau identiti mana-mana individu yang terlibat."Dalam isu desakan Yang Berhormat (YB) Jelutong supaya Perdana Menteri memastikan seseorang dituduh semula, persoalan asas perlu diberikan perhatian ialah kedudukan kuasa pendakwaan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan keperluan untuk mengelakkan campur tangan politik dalam keputusan berkaitan kes individu."Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya. Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan prosiding bagi sesuatu kesalahan tertakluk kepada kerangka perlembagaan dan undang-undang berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer ketika membahaskan Belanjawan 2027 mempersoalkan tindakan menarik balik pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sekaligus mempersoalkan mengapa kes itu tidak dituduh semula di mahkamah.Azalina berkata, prinsip kebebasan pendakwaan perlu dihormati dalam amalan politik dan bukan sekadar menjadi sebahagian daripada cadangan perubahan institusi."Kita tidak boleh menolak campur tangan politik dalam pendakwaan, tetapi pada masa yang sama mendesak Perdana Menteri memastikan pertuduhan dikenakan semula terhadap individu tertentu kerana tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan," kongsinya.Beliau menambah, prinsip kebebasan pendakwaan mesti dihormati dalam amalan politik, bukan sekadar dalam cadangan perubahan institusi.Dalam pada itu, Azalina berpandangan, mana-mana pihak berhak mempersoalkan keputusan pendakwaan dan menuntut penjelasan yang munasabah.Bagaimanapun, beliau menegaskan, perbezaan keputusan antara kes tidak dengan sendirinya membuktikan berlakunya campur tangan politik atau layanan berat sebelah.Ujarnya lagi, Jabatan Peguam Negara juga telah memberikan penjelasan mengenai alasan permohonan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) dan keputusan tiada tindakan lanjut (NFA)."Kritikan terhadap sesuatu keputusan perlu disokong oleh fakta dan asas yang jelas, bukannya andaian atau tekanan politik semata-mata," tambahnya.Azalina menegaskan bahawa tiada sesiapa yang harus diberikan kekebalan daripada undang-undang hanya kerana jawatan atau kedudukan politik.Bagaimanapun, beliau berkata, setiap individu termasuk pemimpin UMNO berhak mendapat proses undang-undang yang adil dan tidak boleh dijadikan sasaran pendakwaan semata-mata untuk memenuhi tuntutan politik."Berhubung cabaran terhadap