MELAKA - Penutupan sementara semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Melaka diteruskan esok berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) masih pada tahap tidak sihat.Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dalam kenyataan memaklumkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan itu mengikut garis panduan yang ditetapkan KPM.Guru dan anggota kumpulan pelaksana juga dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh berkenaan.Bagaimanapun, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan.Maklumat dan arahan lanjut berkaitan kedua-dua pentaksiran dan peperiksaan itu boleh dirujuk menerusi laman Facebook rasmi JPN Melaka.JPN Melaka turut menasihatkan semua institusi pendidikan di bawah seliaannya supaya memantau bacaan IPU di daerah masing-masing menerusi Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar serta mematuhi saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa.Jabatan itu memaklumkan langkah berkenaan penting bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid serta warga institusi pendidikan sentiasa terpelihara. - Bernama
Jerebu: Sekolah di Melaka ditutup lagi esok

Key points
- MELAKA - Penutupan sementara semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Melaka diteruskan esok berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) masih pada tahap tidak sihat.
- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dalam kenyataan memaklumkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan itu mengikut garis panduan yang ditetapkan KPM.
- JPN Melaka turut menasihatkan semua institusi pendidikan di bawah seliaannya supaya memantau bacaan IPU di daerah masing-masing menerusi Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar serta mematuhi saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Utusan Malaysia , Harian Metro , Utusan Malaysia , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Jerebu: Semua sekolah di Melaka ditutup esok.
- Utusan Malaysia Jerebu: Sekolah di Putrajaya ditutup esok
- Sinar Harian Jerebu: Sekolah di Melaka ditutup lagi esok (this story)
- Malaysiakini (BM) Jerebu: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan ditutup esok








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F06%2Fe6ef4b93cc23968579799259dae5c6ea.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
