Kuala Lumpur: AVETA Malaysia bekerjasama dengan OSK Property menawarkan peluang kepada pembeli hartanah memenangi sebuah motosikal Peugeot, selain baucar motosikal bernilai RM500 untuk pelanggan sedia ada OSK Property.

Kempen yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 30 November 2026 itu terbuka kepada pembeli unit di projek hartanah OSK Property terpilih sepanjang tempoh berkenaan, dengan pemenang ditentukan menerusi cabutan bertuah.

Pelanggan sedia ada OSK Property pula layak menerima baucar RM500 apabila membeli motosikal AVETA atau Peugeot yang memenuhi syarat kempen.

Kempen itu membabitkan lapan projek hartanah di wilayah tengah dan utara, termasuk OSK Mori Park di Shah Alam, OSK Shorea Park di Puchong, OSK HANA Hills di Taman Melawati, OSK Rawang, OSK Iringan Bayu di Seremban, OSK Harbour Place di Butterworth, serta OSK Yarra Park dan OSK Taman Lang Aman di Sungai Petani.