Kuala Lumpur: Malaysia Airlines membatalkan semua penerbangan menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Jeddah serta Madinah hingga Sabtu ini susulan serangan terkini di lapangan terbang dekat Arab Saudi.
Syarikat itu dalam kenyataannya hari ini, berkata, pembatalan penerbangan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bermula semalam.
Sehubungan itu, katanya, penumpang yang terjejas boleh memilih untuk mendapatkan bayaran balik penuh atau menukar tarikh penerbangan tanpa sebarang caj tambahan, selain kemudahan penjadualan semula berkenaan sah dalam tempoh 30 hari dari tarikh asal berlepas.
"Permohonan penjadualan semula penerbangan dan bayaran balik boleh dibuat menerusi fungsi 'My Booking' di laman sesawang atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines, perkhidmatan Live Chat atau Pusat Perhubungan Global di talian 1300883000 atau +60378433000 (panggilan antarabangsa).









