Kuala Lumpur: Pasir Gudang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di negara ini pada tahap tidak sihat dengan bacaan 177.
Data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan sebanyak 25 stesen pemantauan merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat, manakala 41 stesen berada pada tahap sederhana dan hanya dua stesen mencatatkan bacaan pada tahap baik.
Johor menjadi antara kawasan paling terjejas apabila beberapa daerah di negeri itu merekodkan bacaan IPU tidak sihat.
Selain Pasir Gudang, bacaan tinggi turut dicatatkan di Larkin (172), Kota Tinggi (166), Pengerang (163), Batu Pahat (160), Tangkak (153), Kluang (152) dan Segamat (131).










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F90834593045_307946.png&w=480&output=webp&q=85&we)