Gombak : Menyimpan hasrat untuk kembali berumah tangga, pelakon dan usahawan, Nora Danish berharap agar dipertemukan dengan jejaka yang dapat membimbingnya dalam kehidupan.

Bagaimanapun, Nora, 44, berkata dia lebih fokus untuk memperbaiki diri dan menyerahkan segala urusan berkaitan jodoh kepada ketentuan Allah.

"Sebenarnya, idaman setiap wanita adalah untuk mendapatkan suami yang beriman. Kalau dapat, Alhamdulillah.

"Cuma, kadang-kadang apa yang saya kongsikan di Threads atau media sosial sendiri adalah untuk mendekatkan diri dengan peminat dan pengikut. Itu sahaja, supaya ada interaksi dua hala.