KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan dalam saham perbankan dan penjagaan kesihatan di tengah-tengah prestasi bercampur-campur dalam ekuiti utama Asia.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.34 mata atau 0.33 peratus kepada 1,623.35 daripada 1,618.01 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka rendah 1.39 mata kepada 1,616.62, bergerak antara 1,611.17 dan 1,628.01 sepanjang sesi dagangan.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 813 berbanding 381 manakala 463 kaunter tidak berubah, 1,169 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.