KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga Selasa dengan susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi negara maju itu yang dijadualkan esok, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.0835/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0820/0865 yang dicatatkan semalam.
Ketua Ahli Ekonomi TA Securities, Shazma Juliana Abu Bakar, berkata data inflasi AS itu boleh mempengaruhi jangkaan terhadap hala tuju dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) serta pergerakan ringgit dalam masa terdekat.
Beliau berkata, ringgit bagaimanapun dijangka kekal berdaya tahan dalam tempoh berbaki urus niaga minggu ini, disokong oleh sentimen positif pelabur susulan pembentangan Belanjawan 2027 serta komitmen berterusan kerajaan terhadap usaha konsolidasi fiskal.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAyeshaSheikMazrul3_325027.png&w=480&output=webp&q=85&we)
