SUNGAI PETANI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Jepun berhubung penahanan lima rakyat Malaysia disyaki cuba menyeludup dadah jenis kokain di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkembangan terkini kes terbabit akan dimaklumkan sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh."Saya telah pun meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Hussein Omar Khan menghubungi pihak Jepun supaya kita mendapat maklumat yang tepat berkenaan dengan insiden ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika Townhall Madani bersama Menteri Dalam Negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun selepas disyaki cuba menyeludup kokain yang disembunyikan di bawah pelapik kasut masing-masing.Menurut laporan NHK World Japan, empat daripada lima suspek mengaku terhadap dakwaan berkenaan, manakala seorang lagi menafikannya.Saifuddin Nasution berkata, langkah itu selari dengan pendekatan yang diambil dalam insiden penahanan pembantu juruterbang Malaysia di Jakarta beberapa bulan lepas dan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah daripada sebuah jet peribadi di Laos yang pada awalnya didakwa dari negara ini.Dalam pada itu, menurutnya, pelaksanaan 17 syor penambahbaikan menerusi Memorandum Bersama KDN dan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang diluluskan Jemaah Menteri bagi memperkukuhkan keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pintu masuk negara akan diteruskan seperti dirancang.Beliau berkata, pelaksanaan syor berkenaan dibahagikan kepada tiga fasa, dengan fasa pertama memberi tumpuan kepada destinasi yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi atau hotspot."Sebab kita ada tiga fasa, fasa pertama adalah destinasi yang kita anggap sebagai hotspot, dalam senarai asal kita, hotspot itu tak termasuk Tokyo apa semua ini."Kawasan hotspot atau destinasi hotspot maksudnya kita adakan pemeriksaan fizikal 100 peratus kepala hingga kaki dan juga pemeriksaan bagasi pun 100 peratus," katanya.
Tangkapan dadah di Tokyo: KDN dapatkan maklumat pihak berkuasa Jepun

Key points
- SUNGAI PETANI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Jepun berhubung penahanan lima rakyat Malaysia disyaki cuba menyeludup dadah jenis kokain di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.
- Sebelum ini, media melaporkan lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun selepas disyaki cuba menyeludup kokain yang disembunyikan di bawah pelapik kasut masing-masing.
- Saifuddin Nasution berkata, langkah itu selari dengan pendekatan yang diambil dalam insiden penahanan pembantu juruterbang Malaysia di Jakarta beberapa bulan lepas dan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah daripada sebuah jet peribadi di Laos yang pada awalnya didakwa dari negara ini.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kokain Tokyo: PDRM diarah dapatkan maklumat dari Jepun
- Sinar Harian Tangkapan dadah di Tokyo: KDN dapatkan maklumat pihak berkuasa Jepun (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAyeshaSheikMazrul3_325027.png&w=480&output=webp&q=85&we)