SUNGAI PETANI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Jepun berhubung penahanan lima warga Malaysia di Tokyo, disyaki cuba menyeludup kira-kira lima kilogram kokain .
Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata maklumat tepat diperlukan bagi mengenal pasti perkara sebenar berhubung insiden itu, termasuk bagaimana kumpulan berkenaan melepasi pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ditahan di Jepun.
Beliau berkata, pihaknya sudah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan menghubungi pihak berkuasa Jepun bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian itu.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAyeshaSheikMazrul3_325027.png&w=480&output=webp&q=85&we)
