KUALA LUMPUR - Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun selepas disyaki cuba menyeludup kokain yang disembunyikan di dalam kasut mereka melalui Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.Menurut laporan NHK World Japan, empat daripada lima suspek mengaku terhadap dakwaan berkenaan, manakala seorang lagi menafikannya.Polis pada Isnin memaklumkan, kesemua individu terbabit ditahan selepas dipercayai cuba memasuki Jepun dari Malaysia dengan membawa kokain yang dianggarkan bernilai AS$757,300 (kira-kira RM3.2 juta).Pemeriksaan oleh pegawai kastam di lapangan terbang berkenaan menemukan bungkusan kokain yang disembunyikan di bawah pelapik kasut setiap suspek.Seorang daripada suspek, Mohd Danial Farhan Abdul Rahman, dilaporkan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mengenali seorang individu menerusi aplikasi media sosial yang kemudian memintanya membawa dadah ke luar negara.Menurut laporan itu, individu berkenaan didakwa menawarkan bayaran lumayan sebagai ganjaran dan menyerahkan sepasang kasut kepadanya untuk digunakan dalam perjalanan tersebut.Sementara itu, polis Jepun dan pihak berkuasa berkaitan percaya kelima-lima suspek menerima arahan untuk membawa dadah berkenaan masuk ke negara itu.Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kemungkinan penglibatan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa dalam kegiatan tersebut. - Awani
Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain dalam kasut

Key takeaways
Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun kerana disyaki menyeludup kokain dalam kasut mereka.
- Empat daripada lima suspek mengaku, manakala seorang menafikan tuduhan.
- Kokain bernilai AS$757,300 ditemui di bawah pelapik kasut suspek.
- Suspek mengenali individu melalui aplikasi media sosial untuk membawa dadah ke luar negara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Free Malaysia Today , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain dalam kasut (this story)
- Free Malaysia Today 5 rakyat Malaysia ditahan di Jepun seludup 5kg kokain dalam kasut







