SHAH ALAM – Tuntutan Sarawak berhubung hak petroleum tidak seharusnya diperjuangkan sehingga menjejaskan kepentingan nasional Malaysia, khususnya jika berisiko melemahkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).Penganalisis dari Akademi Nusantara for Strategic Research, Azmi Hassan berkata, pertikaian berkenaan tidak seharusnya dijadikan medan perebutan hak negeri sehingga mengorbankan kedudukan syarikat minyak negara itu.Menurutnya, kekuatan kewangan dan daya maju komersial Petronas penting kepada seluruh persekutuan, termasuk Sarawak.Beliau berkata, kenyataan beberapa ahli politik Sarawak kebelakangan ini berisiko menggambarkan Petronas seolah-olah hanya bertindak berdasarkan pertimbangan komersial dan kewangan."Dalam pertikaian ini, Petronas bukan sekadar menjaga kepentingan komersialnya sendiri atau kepentingan Semenanjung."Ia bertindak berdasarkan apa yang dipercayainya sebagai kepentingan nasional dan kerangka undang-undang yang diwujudkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974," katanya.Azmi berkata, pertikaian itu tidak seharusnya disederhanakan sebagai satu pihak menuntut hak undang-undang, manakala pihak lain mempertahankan keuntungan, terutama ketika asas perundangan bagi tuntutan masing-masing masih dipertikaikan."Kita tidak patut meletakkannya dalam kerangka begitu."Kedua-dua pihak bertindak berdasarkan apa yang mereka percaya dibenarkan undang-undang. Pertikaian sebenar ialah tafsiran siapa terhadap undang-undang itu yang betul," katanya.Beliau berkata, gambaran bahawa Petronas hanya mempertahankan kepentingan komersial berisiko mengaburkan implikasi lebih luas terhadap Malaysia."Ia bukan soal kepentingan komersial dan wang semata-mata," katanya sambil menambah daya maju komersial Petronas turut memberi kesan kepada negeri lain dalam persekutuan.Sementara itu, Penasihat kepada Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Abd Halim Husin berkata, kesan daripada tindakan melemahkan Petronas akan melangkaui syarikat itu sendiri.Menurutnya, kekuatan kewangan Petronas menyokong tanggungjawab nasional yang lebih luas, termasuk sumbangannya kepada kerajaan Persekutuan yang memberi manfaat kepada rakyat di seluruh negara.Katanya, Petronas juga tidak boleh dilihat semata-mata sebagai sumber dana kerana syarikat itu perlu bersaing dengan syarikat tenaga global, membuat pelaburan besar dalam rizab baharu serta memastikan bekalan tenaga mencukupi untuk rakyat."Kita perlu berhati-hati supaya tekanan daripada pelbagai pihak tidak akhirnya menjadikan Petronas semakin kecil," katanya.Halim memberi amaran, usaha memenuhi tuntutan petroleum yang bersaing sehingga melemahkan Petronas boleh menyebabkan seluruh negara, termasuk Sarawak, menanggung kerugian."Petronas membantu Malaysia melalui banyak tempoh sukar."Tanggungjawab kita sekarang ialah memastikan Petronas kekal kukuh supaya ketika negara berdepan keperluan strategik, terutama berkaitan keselamatan tenaga, Petronas masih mempunyai keupayaan untuk membantu Malaysia," katanya.Beliau berkata, k
Tiada guna perjuang tuntutan jika negara rugi

Key takeaways
Tuntutan Sarawak mengenai hak petroleum tidak seharusnya melemahkan Petronas dan kepentingan nasional Malaysia.
- Penganalisis menegaskan kepentingan nasional dan kerangka undang-undang perlu dipertimbangkan.
- Petronas bertindak berdasarkan kepentingan nasional, bukan hanya komersial.
- Pertikaian tidak seharusnya disederhanakan sebagai konflik antara pihak yang menuntut dan mempertahankan keuntungan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Bersatu perlu ke mahkamah jika wakil rakyat keluar parti enggan penuhi tuntutan
- Utusan Malaysia Guna logo Pas jika tiada pilihan
- Sinar Harian Tiada guna perjuang tuntutan jika negara rugi (this story)









