PUTRAJAYA – Rundingan kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka didakwa memasuki fasa akhir, susulan perkembangan positif perbincangan antara Pas dan BN.Menerusi hantaran di Facebook, Tan Sri Annuar Musa menyatakan rundingan berkenaan sudah berada di fasa akhir, manakala Jawatankuasa Pas Pusat (JPP) bersedia menjayakan misi parti."Difahamkan rundingan sudah di fasa akhir. JPP akur dan siap siaga jayakan misi parti," kata ahli JPP itu pada Selasa.Walaupun Annuar tidak memperincikan rundingan yang dimaksudkan, perkembangan itu hadir ketika perbincangan kerjasama Pas-BN bagi menghadapi PRN Melaka menunjukkan kemajuan.Pada 10 Oktober lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebahagian besar rundingan kerjasama dengan BN sudah mencapai persetujuan asas, namun jumlah kerusi yang akan ditandingi serta pemilihan calon masih dalam perbincangan.Sebelum itu, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan gabungan berkenaan dijangka bertanding lebih empat kerusi pada PRN Melaka dan jumlah sebenar akan dimuktamadkan selepas rundingan dengan UMNO.PRN Melaka dijadualkan berlangsung pada 14 November ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November.Dengan hari mengundi berbaki kira-kira sebulan, sebarang perkembangan rundingan politik berpotensi memberi petunjuk mengenai strategi parti menjelang pilihan raya berkenaan.
PRN Melaka: Annuar Musa beri bayangan rundingan politik hampir selesai

Key takeaways
Rundingan kerjasama politik Pas dan BN untuk PRN Melaka mendekati fasa akhir, menurut Annuar Musa.
- Rundingan kerjasama Pas dan BN untuk PRN Melaka hampir selesai.
- JPP Pas bersedia menjayakan misi parti berdasarkan perkembangan terkini.
- PRN Melaka dijadualkan berlangsung pada 14 November dengan penamaan calon pada 31 Oktober.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Ahmad Maslan syor umum calon BN lebih awal
- Utusan Malaysia Trump beri bayangan sertai perang terhadap Houthi
- Sinar Harian PRN Melaka: Annuar Musa beri bayangan rundingan politik hampir selesai (this story)









