KOTA BHARU - Guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dua pertuduhan cuai dengan melanggar dua pelajar Tingkatan Satu sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas pada April lalu.Tertuduh, Sakinah Ismail, 57, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan cuai sehingga menyebabkan kematian pelajar perempuan Tingkatan Satu di kawasan surau SMK Tanjong Mas jam 1.40 petang pada 12 April lalu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa cuai dengan melanggar pelajar seorang perempuan Tingkatan Satu menggunakan kereta Honda HRV sehingga membahayakan nyawa pada jam dan lokasi yang sama.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah dan tertuduh diwakili peguam, Muhammad Hasif Hasan dan Wan Fadhil Fayyadh Wan Mohd Zuhairi.Terdahulu Muhammad Nadzir menawarkan jaminan RM3,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.Muhamamd Hasif bagaimanapun memohon jaminan paling minima ditawarkan kerana anak guamnya yang juga seorang ustazah seorang berdisiplin dan memberi kerjasama baik selain tinggal di Kota Bharu.Ujar beliau, anak guamnya tidak pernah terbabit dengan sebarang kesalahan dan memaklumkan tertuduh sebelum ini menerima dua kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)."Selain itu anak guam saya juga penerima anugerah guru personaliti terbaik pada tahun lalu di sekolah berkenaan dan akan bersara pada 16 November tahun hadapan," katanya.Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM2,000 bagi kedua-dua kes dengan seorang penjamin.Mahkamah turut menetapkan 6 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.Media sebelum ini melaporkan, seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau fi sebuah sekolah.Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Guru mengaku tidak bersalah rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah

Key takeaways
Seorang guru wanita mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian dan kecederaan pelajar di sekolah.
- Guru berusia 57 tahun didakwa atas dua kesalahan cuai pada April lalu.
- Kemalangan berlaku di kawasan surau sekolah yang menyebabkan kematian seorang pelajar perempuan.
- Tertuduh diwakili oleh dua peguam dalam kes ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Lawakkan Katolik: Ketua Umno Sepang mengaku tidak bersalah
- Utusan Malaysia Guru rempuh pelajar hingga maut didakwa esok
- Sinar Harian Guru mengaku tidak bersalah rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah (this story)









