SEREMBAN - Tanpa menghiraukan kehadiran orang awam yang lalu lalang, sekumpulan lelaki mencuri kabel berhampiran sebuah sekolah rendah di Kampung Melayu Panchor, di sini.Dalam rakaman video yang tular, kumpulan terbabit dilihat menggunakan empat kenderaan antaranya Mercedes Benz.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 9 Oktober lalu dan disedari orang ramai jam 12 tengah hari."Seorang saksi kejadian melihat empat lelaki memakai pelitup muka dan menaiki empat kenderaan sedang menarik kabel dari dua lubang penyelenggaraan."Kejadian berlaku di kawasan simpang jalan keluar, dekat sebuah sekolah rendah di Panchor. Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat penduduk setempat," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.Menurutnya, susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risikan Jenayah (D4), Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan menjalankan Op Lusuh di Labu, Nilai dan Dengkil, Selangor, pada 9 Oktober lalu.Ujarnya, seramai 14 individu termasuk dua wanita tempatan telah ditahan di beberapa lokasi di Nilai dan Selangor."Kami menahan 12 lelaki dan dua wanita berumur 22 hingga 67 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian jenayah curi kabel itu."Dalam serbuan terbabit, polis turut merampas lima kenderaan, beberapa peralatan memotong dan mencuri kabel, tiga guni wayar tembaga yang sudah dibakar dan pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Tambahnya, penahanan suspek membolehkan polis menyelesaikan beberapa kes curi kabel di Negeri Sembilan dan beberapa kawasan di Selangor, Kedah dan Melaka."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222," katanya.
Naik Mercedes curi kabel

Key takeaways
Sejumlah lelaki mencuri kabel berhampiran sekolah rendah di Kampung Melayu Panchor menggunakan empat kenderaan, termasuk Mercedes Benz.
- Kejadian berlaku pada 9 Oktober dan dikesan oleh orang ramai pada pukul 12 tengah hari.
- 14 individu, termasuk dua wanita, ditahan dalam operasi polis di Nilai dan Selangor.
- Polis menyiasat kes curi kabel yang melibatkan empat kenderaan dan pelaku memakai pelitup muka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Curi kabel: Bekas pekerja subkontraktor antara 47 ditahan
- Utusan Malaysia Dua lelaki didenda RM3,000 curi kabel
- Berita Harian Mati disyaki ketika mahu curi kabel
- Sinar Harian Naik Mercedes curi kabel (this story)








