KOTA TINGGI: Lelaki ditemui maut berhampiran rumah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kilometer 21, FELDA Adela menghala ke Sungai Rengit di sini, hari ini.
Lelaki terbabit dipercayai maut ketika cuba melakukan kegiatan mencuri kabel elektrik di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 berhubung penemuan seorang individu dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 6.46 pagi.
Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi ke tempat kejadian mendapati mangsa ditemukan terbaring kira-kira satu meter berhampiran rumah pencawang TNB dan 20 meter dari jalan raya.








