Kuala Lumpur: Buruh binaan dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan melarikan dan mengurung lelaki warga Palestin di sebuah chalet di Hulu Langat, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin menjatuhkan hukuman terhadap Edy Ko'im Said, 46, dan memerintahkan hukuman bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, Edy Ko'im didakwa melarikan secara paksa seorang lelaki warga Palestin berusia 31 tahun dengan niat supaya mangsa dikurung secara rahsia dan salah di Jalan Mayang, Dang Wangi, di sini, pada 10.40 malam 28 September 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.