Kuala Lumpur: AEON Co (M) Bhd (AEON) komited untuk terus menyokong pembangunan sukan negara menerusi pelbagai inisiatif yang mampu mendekatkan masyarakat dengan atlet, sekali gus menyemarakkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Timbalan Pengarah Urusan AEON, Hidekazu Iwaoka berkata, pencapaian atlet negara di pentas antarabangsa wajar diraikan kerana dedikasi, disiplin dan semangat juang mereka mampu menjadi inspirasi, khususnya kepada generasi muda.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk meraikan atlet Malaysia yang membawa nama negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Dedikasi, disiplin dan semangat mereka merupakan inspirasi kepada masyarakat, khususnya generasi muda," katanya.