KOTA TINGGI – Seorang lelaki ditemui tidak bernyawa selepas disyaki cuba melakukan kegiatan mencuri kabel di tepi jalan besar Kilometer 21, Felda Adela menghala ke Sungai Rengit hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki itu menerusi talian kecemasan 999 pukul 6.46 pagi.
Katanya, susulan maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggota polis dari IPD Kota Tinggi telah hadir ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati individu tersebut telah meninggal dunia dan dijumpai dalam keadaan terbaring lebih kurang satu meter berhampiran rumah pencawang TNB dan lebih kurang 20 meter dari jalan raya. Pemeriksaan pada tubuh badan si mati mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang dijumpai dan tiada tanda-tanda awal yang me








