KUALA LUMPUR: Keupayaan bangkit dari petak ke-26 untuk mencabar kelompok 10 terbaik membuktikan pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli memiliki kelajuan untuk bersaing di pentas Moto3, namun kematangan taktikal dan ketahanan mental perlu terus diperkukuh.
Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, perlumbaan di Mandalika, Indonesia, semalam memperlihatkan perkembangan positif Hakim Danish sebagai pelumba rookie, khususnya dari segi kemampuan merapatkan jurang dengan pelumba di hadapan.
Menurutnya, keupayaan pelumba muda itu bangkit daripada petak belakang menunjukkan potensi besar untuk mencabar kelompok hadapan sekiranya memperoleh kedudukan permulaan yang lebih baik.
"Bagaimanapun, dari sudut kematangan taktikal dan pengurusan emosi, saya mengakui terdapat cabaran terutama ketidaktentuan prestasi sejak pertengahan musim. Jangkaan tinggi selepas pencapaian pada awal musim turut memberikan tekanan psikologi kepadanya," katanya.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F04%2F3c618e5012b6603c919dda10765ba5a8.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

