GEORGE TOWN – Haram bagi umat Islam terlibat dalam kerja-kerja membersihkan tempat atau peralatan khusus untuk ritual agama lain yang bercanggah dengan akidah Islam, termasuk membantu menyediakan ruang bagi upacara penyembahan.

Mufti Pulau Pinang, Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, umat Islam perlu menjaga batas akidah dan syariat dalam setiap aktiviti kemasyarakatan, meskipun usaha itu dilakukan atas nama gotong-royong atau perpaduan.

Menurutnya, Islam tidak pernah melarang umatnya berbuat baik dan menjalinkan hubungan harmoni dengan masyarakat berlainan agama, namun setiap tindakan perlu berpandukan batas syariat.

“Kerja-kerja yang mempunyai hubungan langsung dengan penyediaan, pemeliharaan atau pengendalian tempat dan peralatan khusus bagi pelaksanaan ritual agama lain, seperti membersihkan patung sembahan, altar pemuja