PETALING JAYA: Sebanyak RM100 juta peruntukan bagi pembaikan prasarana Kampung Baru Cina termasuk bagi membaik pulih serta membina semula kemudahan yang uzur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam berdaftar turut ditingkatkan kepada RM80 juta.

“Langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh kemudahan awam serta menjaga kebajikan komuniti di seluruh negara termasuk melalui penyelenggaraan prasarana dan rumah ibadat yang berdaftar,” katanya.- UTUSAN

The post RM80 juta untuk penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam appeared first on Utusan Malaysia.